Selasa, 13 April 2010

BN SEMAKIN PADU, PAKATAN RAKYAT SEMAKIN LESU...

KULIM 13 April - Hampir 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Taman Tunku Putra di sini keluar parti itu beramai-ramai atas alasan tidak lagi yakin dengan pucuk pimpinan PKR.

Mereka yang diketuai G. Thanagaran sebaliknya menubuhkan cawangan baru MIC iaitu cawangan Kampung Padang Buluh/Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu.

Thanagaran berkata, mereka bertindak keluar parti kerana kegagalan pimpinan PKR pusat menunaikan janji-janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kulim yang juga Exco, Lim Soo Nee tidak pernah menunjukkan muka atau menjenguk penduduk di kawasan ini walaupun telah dua tahun berlalu. Kami tiada tempat hendak mengadu,” katanya.

Mereka menyerahkan borang keahlian menyertai MIC kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir Abdul Aziz pada satu majlis sempena Gerakan Tumpuan dan Mesra Masyarakat di kawasan perumahan Taman Tunku Putra, di sini hari ini. - Bernama

PEMUDA TAMAN PERUDA - Alhamdulillah, sudah ada yang semakin sedar...tahniah buat BN dan takziah buat Pakatan Rakyat, sokongan terhadap BN semakin padu manakala sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin lesu...BN jangan terlalu gembira dengan berita ini, kita perlu bekerja dengan lebih kuat kerana kita tidak kuat sedangkan Pakatan Rakyat semakin lemah...gunakan peluang yang terhidang ini dengan penuh bijaksana...BN tidak boleh lagi terus terlena dan terleka, perjuangan perlu diteruskan....

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOMUNITI CERIA AIDC

PEMUDA TAMAN PERUDA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute