Sabtu, 10 April 2010

PEMBAZIRAN...

MIRI 10 April - Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak menggunakan air di Asia Tenggara dengan purata 205 liter air sehari untuk setiap individu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, jumlah tersebut menyamai penggunaan 400 botol air berkapasiti 500 mililiter sehari untuk seorang penduduk.

Selain itu katanya, sebagai contoh, setiap penduduk di Miri menggunakan kira-kira 280 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura yang menggunakan kurang daripada 200 liter.

"Kita merupakan antara pengguna air yang paling tinggi di negara-negara Asia."Ini bermakna, rakyat Malaysia sebenarnya boleh menjimatkan air dengan menggunakannya secara berhemah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM140,000 kepada 18 organisasi dan persatuan di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini hari ini.

Fah Kui yang juga Ahli Parlimen Miri berharap rakyat negara ini lebih menghargai penggunaan sumber air untuk kepentingan sejagat.

Ujar beliau, rakyat di negara ini bertuah berbanding Singapura yang terpaksa membayar tiga kali ganda untuk mendapat bekalan air bersih. - UTUSAN MALAYSIA

PEMUDATAMANPERUDA - Sudah tiba masanya rakyat Malaysia sedar akan pembaziran penggunaan air. Kita perlu sedar sumber air semakin hari semakin berkurangan, maka perlu tindakan daripada kita sebagai rakyat untuk berjimat dalam penggunaan air. Membazir itu rakan syaitan...berkenaan 'pembaziran', PEMUDA TAMAN PERUDA agak kurang berkenan jugak apabila tiba pilihanraya tidak kira pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil. Sifat membazir akan wujud pada ketika ini, maka BN juga perlu memikirkan hikmah berjimat dan janganlah terlalu membazir...biarlah berpada-pada, apa yang penting ialah keikhlasan, bukannya menabur wang merata-rata...maka Allah sentiasa bersama mereka yang ikhlas...Wallahualam

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOMUNITI CERIA AIDC

PEMUDA TAMAN PERUDA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute