Jumaat, 9 April 2010

PERGADUHAN KECIL DI HULU SELANGOR BERPUNCA DARIPADA PEMBANGKANG?????


KUALA LUMPUR 9 April - Polis Selangor hari ini mengesahkan telah menerima dua laporan berhubung pergaduhan kecil membabitkan dua kumpulan dalam sebuah parti yang sama di Hulu Selangor.

Ketua Polisnya, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu, kedua-dua laporan tersebut dibuat awal minggu ini.

Menurutnya, salah satu daripada pergaduhan kecil itu berlaku ketika lawatan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu ke Taman Teratai yang merupakan lokasi kejadian.

"Kertas siasatan telah dibuka berhubung kedua-dua laporan tersebut. Kita juga telah mengambil keterangan daripada mereka yang terlibat.

"Cuma terdapat beberapa individu lagi yang belum tampil memberi keterangan bagi membolehkan kita mempercepatkan urusan siasatan," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Selayang dekat sini hari ini sempena sambutan ulang tahun Peringatan Hari Polis ke-203.

Sementara itu, Khalid turut memberi amaran kepada orang luar daripada kawasan Hulu Selangor supaya tidak menimbulkan kekecohan menjelang pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu pada 25 April ini.

"Orang Hulu Selangor cintakan keamanan dan sentiasa mementingkan keharmonian yang berpanjangan tanpa mengira fahaman politik.

"Jadi saya menasihatkan orang luar yang datang ke Hulu Selangor supaya jangan cuba menimbulkan ketegangan dan menghancurkan keharmonian mereka," tegas beliau.

Menurut beliau, lebih 1,000 anggota polis akan ditempatkan di Hulu Selangor sepanjang kempen pilihan raya berkenaan. - UTUSAN MALAYSIA

CATATAN: PEMUDA TAMAN PERUDA MENDAPAT MAKLUMAT DI HULU SELANGOR MENYATAKAN BAHAWA KEJADIAN PERGADUHAN BERLAKU BERMULA DENGAN PROVOKASI DARIPADA PIHAK PEMBANGKANG...CERITA SELANJUTNYA PEMUDA TAMAN PERUDA TIDAK BERANI TULIS KERANA BELUM MENDAPAT PENGESAHAN CERITA. TETAPI DARIPADA PENGALAMAN KITA, KEBIASAANNYA DI MANA-MANA SAJA PILIHANRAYA KECIL, PERGADUHAN DAN PROVKASI SELALUNYA DAN KEBIASAANYA BERMULA DARIPADA PIHAK PEMBANGKANG...MAKA, BERKEMUNGKINANAN CERITA DI HULU SELANGOR INI PUN BERKEMUNGKINAN BERLAKU BERPUNCA DARIPADA PIHAK PEMBANGKANG...WALLLAHUALAM...ALLAH SAHAJA YANG MENGETAHUI...

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOMUNITI CERIA AIDC

PEMUDA TAMAN PERUDA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute