Selasa, 13 April 2010

'HAMPAS TEBU' CALON PEMBANGKANG DI HULU SELANGOR


KUALA LUMPUR 13 April – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bakal menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April depan

Sumber parti mendedahkan, keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh biro politik PKR yang bermesyuarat hari ini. - Utusan

PEMUDA TAMAN PERUDA - Tahniah buat Zaid Ibrahim kerana dicalonkan dalam PRK Hulu Selangor...ibarat 'hampas tebu' yang dah tidak digunakan telah dibuang ke dalam 'tong sampah'...fikir-fikirkan siapa hampas tebu? tong sampah tu parti mana? 'tong sampah' ambik 'hampas tebu' ni diperah jual kat pasar malam...pengotor sungguh puak ni...Maka BN tidak perlu gentar dengan 'hampas tebu' ni...rekod dia bukannya elok pun semasa bersama dengan BN, sangat baik dia dicalonkan kerana lebih mudah BN nak merampas semula Hulu Selangor dengan majoriti banyak...nak tergelak jugak Pemuda Taman Peruda, 'hampas tebu' yang dicalonkan...dah takde 'hampas' lain dah ke? he.he.he....

BN SEMAKIN PADU, PAKATAN RAKYAT SEMAKIN LESU...

KULIM 13 April - Hampir 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Taman Tunku Putra di sini keluar parti itu beramai-ramai atas alasan tidak lagi yakin dengan pucuk pimpinan PKR.

Mereka yang diketuai G. Thanagaran sebaliknya menubuhkan cawangan baru MIC iaitu cawangan Kampung Padang Buluh/Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu.

Thanagaran berkata, mereka bertindak keluar parti kerana kegagalan pimpinan PKR pusat menunaikan janji-janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kulim yang juga Exco, Lim Soo Nee tidak pernah menunjukkan muka atau menjenguk penduduk di kawasan ini walaupun telah dua tahun berlalu. Kami tiada tempat hendak mengadu,” katanya.

Mereka menyerahkan borang keahlian menyertai MIC kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir Abdul Aziz pada satu majlis sempena Gerakan Tumpuan dan Mesra Masyarakat di kawasan perumahan Taman Tunku Putra, di sini hari ini. - Bernama

PEMUDA TAMAN PERUDA - Alhamdulillah, sudah ada yang semakin sedar...tahniah buat BN dan takziah buat Pakatan Rakyat, sokongan terhadap BN semakin padu manakala sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin lesu...BN jangan terlalu gembira dengan berita ini, kita perlu bekerja dengan lebih kuat kerana kita tidak kuat sedangkan Pakatan Rakyat semakin lemah...gunakan peluang yang terhidang ini dengan penuh bijaksana...BN tidak boleh lagi terus terlena dan terleka, perjuangan perlu diteruskan....

Sabtu, 10 April 2010

PEMBAZIRAN...

MIRI 10 April - Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak menggunakan air di Asia Tenggara dengan purata 205 liter air sehari untuk setiap individu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, jumlah tersebut menyamai penggunaan 400 botol air berkapasiti 500 mililiter sehari untuk seorang penduduk.

Selain itu katanya, sebagai contoh, setiap penduduk di Miri menggunakan kira-kira 280 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura yang menggunakan kurang daripada 200 liter.

"Kita merupakan antara pengguna air yang paling tinggi di negara-negara Asia."Ini bermakna, rakyat Malaysia sebenarnya boleh menjimatkan air dengan menggunakannya secara berhemah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM140,000 kepada 18 organisasi dan persatuan di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini hari ini.

Fah Kui yang juga Ahli Parlimen Miri berharap rakyat negara ini lebih menghargai penggunaan sumber air untuk kepentingan sejagat.

Ujar beliau, rakyat di negara ini bertuah berbanding Singapura yang terpaksa membayar tiga kali ganda untuk mendapat bekalan air bersih. - UTUSAN MALAYSIA

PEMUDATAMANPERUDA - Sudah tiba masanya rakyat Malaysia sedar akan pembaziran penggunaan air. Kita perlu sedar sumber air semakin hari semakin berkurangan, maka perlu tindakan daripada kita sebagai rakyat untuk berjimat dalam penggunaan air. Membazir itu rakan syaitan...berkenaan 'pembaziran', PEMUDA TAMAN PERUDA agak kurang berkenan jugak apabila tiba pilihanraya tidak kira pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil. Sifat membazir akan wujud pada ketika ini, maka BN juga perlu memikirkan hikmah berjimat dan janganlah terlalu membazir...biarlah berpada-pada, apa yang penting ialah keikhlasan, bukannya menabur wang merata-rata...maka Allah sentiasa bersama mereka yang ikhlas...Wallahualam

BLOGGER PAS ADUKATARUNA SEMAKIN KURANG AJAR

Adukataruna makin melampau !
dulu dia pernah hina kemangkatan almarhum Sultan Johor dengan ayat pergi mam*** !

Hari ini dia mengubah ayat Quran ! ayat bismillah dengan maksud asal 'dengan nama ALLAH yang Maha pemurah' telah ditukar kepada 'dengan nama ALLAH yang Maha ego' !!

Tolong buat repot polis ! ini telah menghina Islam ! - SUMBER GERAKAN ANTI PKR

Jumaat, 9 April 2010

PRK HULU SELANGOR: PERANGAI BURUK PEMBANGKANG SUDAH KELIHATAN




Di DUN Batang Kali semua banner yang mempromosikan BN semuanya diturunkan, bendera2 di pejabat parti kompenan BN diarahkan oleh Majlis Daerah supaya diturunkan. Setakat ini bilik gerakan UMNO baru dalam peringkat pentadbiran dan belum beroperasi sepenuhnya. Itu pun nak dikacau.

Padahal promosi untuk Pakatan Rakyat dibiarkan. Bilik2 gerakan PR lebih hidup jika dibandingkan dengan komponen BN. Pengisian2 telah dilakukan oleh PR.

Sambil itu, arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri mengarah semua ahli Majlis dan Ketua Kampung ambilalih semua balai raya dan dewan orang ramai untuk diguna oleh PKR saja bagi PRK Hulu Selangor.

Ini baru kita nampak bagaimana kerajaan negeri mengguna kuasa untuk memenangi pilihanraya kecil ini.

Dikhabarkan Menteri Besar sudah memindahkan pejabat ke pejabat Daerah Hulu Selangor untuk memudahkan arahan2 spontan dikeluar dan dijalankan.

Ini menimbulkan persoalan bahawa pegawai SPR yang merupakan Pegawai Daerah kini berada satu pejabat dengan Menteri Besar. - THE UNSPINNERS

PERGADUHAN KECIL DI HULU SELANGOR BERPUNCA DARIPADA PEMBANGKANG?????


KUALA LUMPUR 9 April - Polis Selangor hari ini mengesahkan telah menerima dua laporan berhubung pergaduhan kecil membabitkan dua kumpulan dalam sebuah parti yang sama di Hulu Selangor.

Ketua Polisnya, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu, kedua-dua laporan tersebut dibuat awal minggu ini.

Menurutnya, salah satu daripada pergaduhan kecil itu berlaku ketika lawatan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu ke Taman Teratai yang merupakan lokasi kejadian.

"Kertas siasatan telah dibuka berhubung kedua-dua laporan tersebut. Kita juga telah mengambil keterangan daripada mereka yang terlibat.

"Cuma terdapat beberapa individu lagi yang belum tampil memberi keterangan bagi membolehkan kita mempercepatkan urusan siasatan," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Selayang dekat sini hari ini sempena sambutan ulang tahun Peringatan Hari Polis ke-203.

Sementara itu, Khalid turut memberi amaran kepada orang luar daripada kawasan Hulu Selangor supaya tidak menimbulkan kekecohan menjelang pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu pada 25 April ini.

"Orang Hulu Selangor cintakan keamanan dan sentiasa mementingkan keharmonian yang berpanjangan tanpa mengira fahaman politik.

"Jadi saya menasihatkan orang luar yang datang ke Hulu Selangor supaya jangan cuba menimbulkan ketegangan dan menghancurkan keharmonian mereka," tegas beliau.

Menurut beliau, lebih 1,000 anggota polis akan ditempatkan di Hulu Selangor sepanjang kempen pilihan raya berkenaan. - UTUSAN MALAYSIA

CATATAN: PEMUDA TAMAN PERUDA MENDAPAT MAKLUMAT DI HULU SELANGOR MENYATAKAN BAHAWA KEJADIAN PERGADUHAN BERLAKU BERMULA DENGAN PROVOKASI DARIPADA PIHAK PEMBANGKANG...CERITA SELANJUTNYA PEMUDA TAMAN PERUDA TIDAK BERANI TULIS KERANA BELUM MENDAPAT PENGESAHAN CERITA. TETAPI DARIPADA PENGALAMAN KITA, KEBIASAANNYA DI MANA-MANA SAJA PILIHANRAYA KECIL, PERGADUHAN DAN PROVKASI SELALUNYA DAN KEBIASAANYA BERMULA DARIPADA PIHAK PEMBANGKANG...MAKA, BERKEMUNGKINANAN CERITA DI HULU SELANGOR INI PUN BERKEMUNGKINAN BERLAKU BERPUNCA DARIPADA PIHAK PEMBANGKANG...WALLLAHUALAM...ALLAH SAHAJA YANG MENGETAHUI...

PEMUDA TAMAN PERUDA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute