Rabu, 17 Mac 2010

SENYUM KAMBING - KEJUTAN POLITIK BERMULA


ANWAR "CABUT" KELUAR DEWAN

DEWAN PARLIMEN, 17 Mac – Ketua Pembangkang yang juga Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini ”cabut lari” keluar Dewan Rakyat semasa MP Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim dedah pelbagai pembohongan PKR hendak menjayakan gerakan 16 September bagi mengambilalih pentadbiran negara daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ahli-ahli Parlimen BN menjerit “jangan keluar, jangan keluar” ketika melihat tindakan Anwar keluar Dewan.

Zahrain antara lain berkata, untuk menyakinkan ramai pemimpin dan penyokong PKR serta pakatan pembangkang, termasuk Pas dan Dap, Anwar kononnya sudah mendapat persetujuan YDP Agong dan akan mendapat sokongan Angkatan Tentera Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri

MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang sebelum ini bayangkan akan buat kejutan, petang ini, kata, dia sendiri terkejut dengan tindakan Zahrain.

Zulkifli kata, pendedahan Zahrain itu memang betul. -MediaUMNO

-----------------------------------------

"Awak Jangan Bohong" kata Zahrain kepada Anwar

Zahrain Hashim dalam ucapan sulungnya sebagai MP Bebas telah mendedahkan mengenai pembohongan yang dilakukan oleh Anwar terhadap MP PKR. Kisah di sebalik tabir 16 September yang merupakan dongengan Anwar didedahkan oleh Zahrain kepada Parlimen. Anwar telah membuatkan mereka percaya bahawa peralihan kerajaan akan berlaku pada September 16, 2008. Lalu, pada ketika itu, berlaku suasana yang agak kecoh di Malaysia.

Zahrain mendedahkan bahawa Anwar telah memberitahu mereka bahawa YDP Agong telah perkenan untuk melantik Anwar menjadi PM kerana berjaya mendapat jumlah mencukupi MP BN yang menyokong beliau untuk menubuhkan kerajaan dan menggulingkan kerajaan BN. Anwar juga dikatakan telah memberitahu bahawa YDP Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk tujuan tersebut.

Semasa ucapan Zahrain itu, suasana dewan Parlimen menajadi agak gamat dan panas dengan sorakan dari MP BN. Sementara itu, Anwar pula menuduh Zaharai hanya berminat dengan kuasa dan jawatan.

Zahrain kemudiannya menjerit kepada Anwar. dengan kata-kata 'Awak Jangan Bohong!!!'. Disebabkan tidak tahan dengan pendedahan Zahrain serta sindiran daripada MP BN, Anwar terus keluar meninggalkan Dewan. Alangkah penakutnya Anwar tatkala berhadapan dengan pendedahan Zahrain. Demikianlah sikap Anwar yang hanya berani di khalayak ramai menyampaikan pidatonya. Namun, apabila pembongkaran yang dilakukan di parlimen menyebabkan Anwar terus lari meninggalkan dewan. Beginikah sikap seorang Ketua Pembangkang? Fikir-fikirlah sendiri.......

PEMUDATAMANPERUDA - Hai bang anWAR dah cabut lari nampak, awat yang hang lari? Dok la tunggu, awat? hang dah tak tahan dah ka? Hang tunggu la, banyak lagi pembongkaran akan berlaku...hang bersedia je la...tu la hang, perangai hang elok sangat...dah makan diri sendiri, padan la muka hang....

LAGI PREMIS MELAYU PULAU PINANG DIANCAM ROBOH

GELUGOR - Satu lagi premis milik peniaga bumiputera diancam roboh oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Kali ini, tapak perniagaan G Station milik Isma Azad Hazari, 28, yang diusahakan bersama tiga rakannya bernilai hampir RM1 juta mahu dirobohkan kira-kira jam 10 pagi semalam.

Isma Azad mendakwa, pihaknya tidak menerima sebarang notis perobohan itu namun MPPP sebaliknya memberitahu, notis sudah ditampal di premis berkenaan.

“Ini yang membuatkan kami sangat kecewa dan terkejut,” katanya. - SINAR HARIAN

PEMUDATAMANPERUDA - Habis la orang Melayu Pulau Pinang, nak cari makan pun susah. Sudah terang lagi bersuluh yang kerajaan Lim Guan Eng sedikit demi sedikit menekan orang Melayu Pulau Pinang. Apa nak jadi ni, darah penulis dah meruap-ruap. Tapi apakan daya, kerajaan Pulau Pinang sekarang merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Pulau Pinang. Maka haruslah terima dengan seadanya. Orang tua-tua pernah berkata, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak memilih padanlah muka"...lain kali bila fikir dulu, jangan nak mengikut perasaan...yang dah berlalu biarkan berlalu, tetapi PRU 13 nanti janganlah pulak tersalah memilih lagi...

Selasa, 16 Mac 2010

EZAM: ANWAR AMAL KRONISME KETIKA JADI MENTERI KEWANGAN

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Mohamad Ezam Mohd Nor kelmarin mendakwa, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan rasuah dan kronisme sewaktu memegang jawatan dalam Kabinet.
Ezam berkata, Skim Kontraktor Wibawa (SKW) yang diwujudkan ketika Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan adalah semata-mata memenuhinya nafsu dan sifat tamak halobanya.

Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, daripada 2,000 syarikat kontraktor Melayu berdaftar, 15 syarikat diberikan projek secara terus tanpa tender di mana setiap projek bernilai RM1 billion.
“Saya dedahkan ini sebab saya mahu semua orang tahu bahawa Anwar pemimpin yang pentingkan diri sendiri, dan saya yakin Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak akan berani bersumpah menafikan perkara ini kerana buktinya ada dalam pengetahuan saya,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin pada Ceramah Umum Membongkar Rahsia, di Kampung Jalan Kebun, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, laungan tender dan ketelusan yang dibuat Anwar kini, langsung tidak diamalkan ketika beliau masih berkuasa, masih menjadi Menteri Kewangan dan menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
“Malah, ketika itu, tidak ada satu pun syarikat milik Cina atau India diberi tender.
“Ini semua jelas menunjukkan sikap hipokrit dan bermuka-muka Anwar yang hanya mahu menyelamatkan diri sendiri dalam keadaan tersepit,” katanya.

Ezam berkata, perbuatan dan tindakan Anwar membuat keputusan mendahulukan kepentingan diri sendiri berlarutan apabila beliau memimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ezam turut menjelaskan bahawa tindakannya keluar meninggalkan PKR adalah disebabkan Ketua Umum PKR itu sudah tidak mampu mempertahankan asas negara iaitu Islam sebagai agama rasmi.
“Anwar bukan sahaja bercita-cita mendapatkan undi pengundi Cina dan India, malah turut dipengaruhi ’firaun-firaun kecil’ seperti dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.
”Sejak sekian lama kita hidup aman dan harmoni tetapi sikap Anwar membiarkan malah menyokong pemimpin-pemimpin sekutunya yang terang-terangan memperkotak-katikkan Islam dan Melayu hanya akan menghancurkan negara,” katanya - SUMBER SINAR HARIAN

ONG KA TING BERTANDING PRESIDEN MCA

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting Selasa mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden parti itu menentang penyandangnya Datuk Seri Ong Tee Keat dalam pemilihan 28 Mac ini.

Sambil mengesahkan spekulasi bahawa beliau akan muncul semula, Ka Ting berkata beliau menerima banyak panggilan daripada para anggota, veteran dan perwakilan parti di seluruh negara yang disampaikan kepadanya melalui pelbagai saluran media meminta beliau kembali dan bertanding untuk presiden.

"Kepada semua anggota parti yang prihatin dan sayangkan parti, saya kata saya dapat dengar dengan lantang dan jelas.

"Oleh itu, saya ingin mengumumkan pencalonan saya bagi jawatan presiden MCA bagi pemilihan parti akan datang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Selasa.

Menjelaskan keputusannya untuk bertanding jawatan presiden, Ka Ting berkata sebagai bekas presiden parti, ia bukan satu rahsia bahawa kedudukan hal ehwal parti itu telah membuat beliau begitu sedih kerana semasa beliau mengumumkan untuk tidak bertanding presiden pada 28 Jun, 2008, beliau menyangkakan beliau menyerahkan parti itu kepada mereka yang bertanggungjawab dalam keadaan selamat dan bersatu.

"Ia mengecewakan saya, ia bukan sahaja terjadi disebaliknya, tapi juga nilai-nilai baik budaya berpolitik yang sihat, tadbir urus dan kepimpinan yang kolektif, yang diamalkan dan disokong pasukan saya semasa saya menjadi presiden, hanya tinggal sejarah sahaja sebaik sahaja saya bersara," katanya.

PEMUDATAMANPERUDA - Semoga dengan kemasukan semula Ong Ka Ting diharapkan dapat menyelesaikan segala permasalahan kepimpinan dalam MCA yang merupakan komponen penting dalam BN. Permasalahan dalam MCA seharusnya diselesaikan segera seperti yang pernah diperkatakan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini. Sekiranya permasalahan ini tidak diselesaikan segera, maka undi kaum cina akan merosot pada PRU 13 nanti akibat daripada rasa meluat dengan permasalahan kepimpinan yang tidak sudah-sudah. Secara peribadi, penulis kagum dengan keperibadian Ong Ka Ting kerana beliau merupakan seorang yang penuh dengan karisma dan bertanggungjawab. Beliau bertanggungjawab selepas PRU 12 dahulu dengan melepaskan jawatan beliau atas kerana kerusi MCA pada masa itu merosot. Pemimpin sebegini kita sukar temui, lihat sahaja Presiden MIC yang masih tak sedar-sedar diri lagi. Penulis merasakan kehadiran Ong Ka Ting amat tepat pada masanya. Harapan komponen-komponen BN yang lain ialah segeralah selesaikan masalah demi kepentingan bersama...
PEMUDA TAMAN PERUDA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute