Selasa, 23 Februari 2010

PEMUDA UMNO PULAU PINANG TOLAK PELAWAAN BERDEBAT

BUTTERWORTH, 22 Feb (Bernama) -- Pemuda Umno Pulau Pinang hari Isnin menolak pelawaan untuk menyertai debat terbuka anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada 7 Mac ini.

Ketuanya Norman Zahalan berkata Pemuda Umno negeri hanya akan berdebat dengan Lim Guan Eng kerana hanya Ketua Menteri Pulau Pinang itu dapat membuat keputusan dan menjawab segala persoalan yang bakal dikemukakan.

"Kita mahu tahu apa perancangan Lim untuk orang Melayu Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Norman berkata pihaknya menerima surat jemputan mengenai debat itu pagi ini.

Dalam satu sidang akhbar pagi ini, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri Yeoh Soon Hin mempelawa Pemuda Umno Pulau Pinang, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyertai debat yang akan diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Yeoh berkata debat yang bertemakan 'Isu Melayu Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran ' itu bertujuan memberi penjelasan mengenai pelbagai isu berkaitan orang Melayu dan umat Islam di negeri tersebut.

Pakatan pembangkang akan disertai wakil Angkatan Muda Keadilan (AMK), DAP dan wakil Pemuda PAS, manakala moderatornya adalah individu yang berkecuali.

PEMUDATAMANPERUDA - Tak payah la nak tunggu Lim Guan Eng, test power dengan anak-anak ikan pakatan dulu baru ajak bapak ikan. Saya kurang setuju dengan penolakan Pemuda Umno Pulau Pinang untuk berdebat kerana pantang anak jantan Melayu dicabar...

PEMUDA PAKATAN PEMBANGKANG PELAWA PEMUDA UMNO DAN NGO MELAYU SERTAI DEBAT

PULAU PINANG, 22 Feb (Bernama) -- Pergerakan Pemuda dari parti-parti pakatan pembangkang di negeri ini mempelawa Pergerakan Pemuda Umno dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan orang Melayu untuk menyertai debat terbuka anjuran mereka pada 7 Mac ini.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri Yeoh Soon Hin berkata, debat yang bertemakan 'Isu Melayu Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran ' itu bertujuan memberi penjelasan mengenai pelbagai isu berkaitan orang Melayu dan umat Islam di negeri tersebut.

"Kita mahu berdebat secara terbuka dengan Pemuda Umno Pulau Pinang, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan kita menghantar surat jemputan kepada mereka mulai hari ini,"katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Beliau berkata pakatan pembangkang akan disertai wakil Angkatan Muda Keadilan (AMK), DAP dan wakil Pemuda PAS, manakala moderatornya adalah individu yang berkecuali.

Yeoh berkata Pemuda Umno dan NGO-NGO Melayu itu diberi masa sehingga 3 Mac ini untuk memberi jawapan

PEMUDATAMANPERUDA - Apa tunggu lagi, anak jantan Melayu pantang dicabar...masuk gelanggang, jangan tak masuk...kita berdebat habis-habisan, pertegakkan kebenaran...

Jumaat, 19 Februari 2010

LIM KIT SIANG: MANGKUK TINGKAT ATAU MANGKUK JAMBAN?

BANDAR JENGKA, 19 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sidang khas Parlimen bagi membincangkan usul untuk menggugurkan dakwaan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak berasas.

Perdana Menteri berkata perbicaraan kes liwat berkenaan bukanlah "perbicaraan politik", sebaliknya ia adalah "perbicaraan peribadi".

"Ia tidak melibatkan soal dasar kerajaan, tidak melibatkan apa nama pendirian kerajaan pun, ini soal seseorang (Mohd Saiful Bukhari Azlan) yang telah membuat aduan, yang bekerja di pejabatnya sendiri (sebelum ini), ini urusan peribadi sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Pahang, di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang meminta satu sidang khas Dewan Rakyat diadakan kerana kes itu disifatkan Lim telah menjadi bahan jenaka masyarakat dunia.

Mengulas lanjut berkenaan sidang khas, Najib berkata: "Hanya perkara berhubungan kepentingan nasional, ini merupakan perkara peribadi dan tidak kena mengena langsung dengan kerajaan ". - BERNAMA

PEMUDATAMANPERUDA - Apa punya mangkuk la mamat sekor ni, langsung tak logik mintak diadakan satu sidang khas Dewan Rakyat berkenaan kes liwat anWAR...lu kena ingat, ini Dewan Rakyat tempat bincang pasal rakyat punya masalah, itu liwat punya masalah Mahkamah selesai la...apa pasal lu mau bawak ini masalah masuk dalam dewan rakyat, memang lu tak boleh pikir ka? lu punya otak mana letak? lu punya otak letak itu mangkuk tingkat punya tempat atau mangkuk jamban punya tempat? haiya, apa la lu ni...balik China la tanam kangkong...bikin orang lain susah...

Khamis, 18 Februari 2010

KALAKAU UNTOL: KAMU BOLEH BELAH...BUSUK HANCING

TAMPARULI, 18 Feb (Bernama) -- Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Kalakau Untol, Khamis mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan keanggotaan beliau dalam Barisan Nasional (BN).

Dengan perletakan jawatan dan keanggotaan dalam BN tersebut, beliau juga mengumumkan keputusan untuk melibatkan diri dan menyokong dasar-dasar kumpulan pembangkang Pakatan Rakyat, seterusnya membantu mereka menyebarkan penjelasan ke seluruh negeri dalam usaha merakyatkan dasar Pakatan Rakyat untuk mendepani pilihanraya umum ke-13.

"Saya yakin dengan kesepakatan pimpinan Pakatan Rakyat dalam konvensyen yang pertama yang diadakan tahun lalu, di mana mereka bersetuju menyemak semula kepentingan negeri Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak, seperti yang telah dipersetujui dalam rundingan pelbagai pihak semasa penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963.

"Perkara dan agenda ini hanya akan dapat direalisasikan dengan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang baru di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan isu pendatang tanpa izin (Pati), perkara ini yang telah berlarutan sekian lama tidak akan dapat diatasi oleh pemerintahan kerajaan BN," tambah beliau.

"Pakatan Rakyat pada konvensyen tersebut, mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Jadi saya bertekad membantu Pakatan Rakyat memberi penjelasan ke seluruh negeri," tambah beliau. - BERNAMA

PEMUDATAMANPERUDA - Pelik betul mamat sekor ni, yang dalam PKR pun pakat-pakat nak keluar...dia boleh terfikir nak join Pakatan Rakyat. Sah-sah mamat sekor dah kena kencing, dia ingat apa yang dijanjikan akan ditunaikan, jangan harap la. Selamat jalan, teruskan perjuangan anda dalam Parti Kencing Rakyat (PKR). Barisan Nasional pun bukan nak sangat pun orang macam kamu...boleh jalan laaaaa....

Rabu, 17 Februari 2010

KJ BUAT HAL LAGI...

Kan semalam aku dah cakap dalam artikel aku pasal 'akhirnya Pemuda UMNO Malaysia menjadi hero'..Hari ni bertempat di Jalan Yap Kwan Seng Pemuda UMNO menunjukkan bahawa mereka benar-benar hero dengan demonstrasi aman. Bolehlah kita rumuskan hari ni julung-julung kali Pemuda UMNO menunjukkan taring.

Hero-hero jugak bro Pemuda...tapi takkan sampai sauk program orang lain..Itu pasallah semalam aku dah cakap awal-awal yang aku dah dapat jemputan lebih awal dari rakan-rakan bloggers berkenaan dengan demonstrasi ni berbanding dengan jemputan dari Pemuda UMNO Malaysia yang last minute baru aku dapat jemputan tu. Kalau kau orang nak tau siapa punya idea..siapa yang pecah kepala fikir macam mana nak buat demo ni ialah : Blogger:http://justread-whatever.blogspot.com a.k.a Bujai dengan kerjasama PERKASA.

Tapi tadi mana blogger Bujai dan mana PERKASA? Yang sibuk berpidato tadi walaupun ada yang gagap-gagap ialah PEMUDA UMNO. Yang nampak macam hero Hindustan ialah Pemuda UMNO. Isu sauk dan patuk program Bujai dan PERKASA ni satu hal. Sebenarnya aku agak suka kalau ada gabungan ramai pihak. Tapi mana boleh PEMUDA UMNO menjadi abang long tadi. Aku tak mintak pun PEMUDA UMNO ni menjunjung bloggers cukuplah sekadar menghormati blogger Bujai dan PERKASA kerana idea untuk demo ni. Nama Bujai mungkin tidak disebut kerana dia seorang individu dan bukan parti..baik kita terima hujah tu tapi kenapa nama PERKASA terpinggir terus tadi? Aku sememangnya ternanti-nanti kemunculan YB Ibrahim Ali tapi meleset ..YB hanya pandang dari jauh..agaknya dia pun dah tau program dia dah kena sauk..
Takpe kita lupakan isu siapa punya idea nak buat demo ni..Bujai yang terselit di tengah-tengah gerombolan Pemuda UMNO berusaha untuk menyampaikan memorandum bantahan yang ditandatangani oleh blogger-blogger. Tapi pasal polis kata cuma tiga orang yang dibenarkan naik ke pejabat kedutaan Australia tu maka sekali lagi Bujai tercicir. Bujai usaha lagi..cuba kasi memorandum tu pada pegawai KETUA PEMUDA UMNO yang peluk blogger Parpu tadi minta di serahkan memorandum tu pada bossnya sebelum Ketua Pemuda UMNO tu naik ke pejabat kedutaan. Bujai mati mati ingat pegawai Ketua Pemuda UMNO tu dah serahkan memorandum tu pada boss dia rupanya bila Ketua Pemuda UMNO tu turun pegawai tu cakap kat Bujai 'TAK SEMPAT NAK KASI KAT KETUA PEMUDA TADI'..Amacam geng? Lemak berkrim tak ayat Pegawai Ketua Pemuda tu? Kalau nak cium tangan boss dia macam mana pun mesti sempat..kalau tengah berak pun boleh berenti..kalau tak mau apa bentuk alasan pun boleh keluar geng...

Ini bukan isu kau yang buat atau aku yang buat..Isunya kenapa nampak sangat macam tak hargai orang yang pecah kepala fikir macam mana nak buat program ni..Salah ke kalau diajak blogger Bujai tuan punya idea demo ni dan wakil NGO tu naik serahkan memorandum tadi?Seorang Ketua Pemuda, seorang blogger dan seorang wakil NGO..kan ke cantik aturannya tapi kalau dah nak sauk nak buat cam mana geng..
Apapun kita hargai kesabaran blogger Bujai..Pada Bujai berjuang untuk agama,bangsa dan negara lebih penting..Tercalar pedih di hati Bujai sapa nak jawab geng?Wa salute lu Bujai...


PEMUDATAMANPERUDA - Nasihat saya kepada saudara KJ, anda perlu menjaga adab sopan dan berhati-hati dengan tindak tanduk saudara. Luka lama kami masih belum sembuh, jangan buat luka baru...kepimpinan tertinggi UMNO perlu mengawal pergerakan saudara KJ kerana beliau amat mencurigakan...

PERMOHONAN ANWAR UNTUK HAKIM TARIK DIRI DITOLAK

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama)-- Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada Khamis menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beliau menarik diri daripada terus mendengar kes liwat melibatkan ketua pembangkang itu.

Hakim Mohamad Zabidin berkata beliau tidak nampak sebarang sebab kenapa beliau perlu menarik diri daripada mendengar kes itu.

"Saya tidak mahu lari daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya sebagai seorang hakim," katanya.

Mohamad Zabidin berkata untuk membolehkan beliau menarik diri, pihak pembelaan perlu menunjukkan bahawa hakim yang mendengar kes bertindak berat sebelah ataupun mungkin bertindak berat sebelah.

"Pemohon juga perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa hakim mungkin membuat keputusan bukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah tetapi berdasarkan perkara-perkara lain," katanya.

Rabu lepas, Anwar membuat permohonan agar Mohamad Zabidin menarik diri dengan alasan kononnya hakim itu berat sebelah.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar, membuat permohonan itu setelah Mohamad Zabidin menolak permohonan pihak pembelaan berhubung dua artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. - BERNAMA

PEMUDATAMANPERUDA - Aduhai, kesian saudara anWAR...semua perancangan tak menjadi. Semalam, permohonan batalkan pertuduhan kes beliau gagal manakala hari ini pulak permohonan supaya hakim tarik diri jugak gagal. Ini semua petunjuk dari Allah S.W.T, Dia Maha Adil...mungkin ada hikmah dan petunjuknya di sini...perbicaraan saudara anWAR akan diteruskan, sama-sama kita tunggu dan lihat akan kebenarannya...banyak-banyak solat sunat taubat, berdoa kepada Allah supaya diampunkan dosa-dosa saudara...taubat nasuha bukan ' tau buat nah sua'...

TUDUHAN TERHADAP ANWAR BUKAN MENINDAS - MAHKAMAH RAYUAN

PUTRAJAYA, 17 Feb (Bernama) -- Tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lengkap selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan itu Rabu.

Mahkamah Rayuan mendapati pertuduhan itu adalah lengkap, tidak berniat jahat dan bukan penyalahgunaan proses mahkamah.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin, yang bersidang bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah.

Kuoram itu menafikan permohonan lisan Anwar untuk penangguhan perbicaraan sementara menunggu penyelesaian rayuan keputusan hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Peguam Anwar, Karpal Singh, berkata notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dan permohonan penangguhan rasmi akan difailkan esok.

Mahkamah Rayuan menerima hujahan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bahawa laporan perubatan di mana Anwar bergantung untuk menyokong permohonan membatalkan pertuduhan terhadapnya itu tidak menyakinkan.

Anwar, 63,telah memohon tuduhan liwat terhadapnya dibatalkan atas dasar penemuan dalam laporan perubatan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, yang menyatakan tiada hasil klinikal yang tepat menunjukkan berlakunya penetrasi.

"Laporan perubatan bukan satu-satunya bukti terhadap Anwar. Ia hanya keterangan sokongan mengenai apa yang hendak disampaikan oleh doktor," kata Abu Samah dalam penghakimannya.

Katanya afidavit pendakwaan telah menyatakan bahawa mereka akan bergantung kepada keterangan secara lisan dan keterangan forensik bagi membuktikan kes terhadap Anwar.

Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), sedang dibicarakan terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan ditangguh sementara menunggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah esok sama ada dia mahu menarik diri daripada mendengar kes itu.

Mengenai permohonan lisan untuk penangguhan perbicaraan, Abu Samah berkata permohonan itu tidak dilakukan dengan sempurna kerana tidak ada permohonan rasmi di hadapan panel.

Terdahulu itu, Karpal memohon secara lisan untuk penangguhan perbicaraan dengan menyatakan Anwar perlu diberi peluang untuk menggunakan semua hak di bawah undang-undang.

"Kenapa terburu-buru. Dalam kes ini banyak halangan diletakkan di hadapan kami, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan," katanya.

Karpal berkata jika penangguhan tidak diberikan maka perbicaraan itu tidak akan bermakna sekiranya Anwar berjaya dalam rayuan terakhirnya terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, Mohd Yusof, berkata permohonan penangguhan secara rasmi perlu difailkan.

PEMUDATAMANPERUDA - Puas hati saudara anWAR? atau belum puas hati? Kalau saudara anWAR anak jantan dan berani kerana benar, berdepanlah dengan kenyataan...mengapa dari dahulu saudara buat macam-macam hanya kerana hendak melambat-lambatkan perbicaraan...bukti pertuduhan adalah lengkap, tidak berniat jahat dan bukan konspirasi mengaibkan saudara...kalau saudara anWAR ada 'anu' jantan berdepan la, atau 'anu' saudara sudah 'hilang'...tak payah nak 'bermacam-macam' lagi, orang dah meluat laaaaa....

Selasa, 16 Februari 2010

USAHA LENYAPKAN PENGARUH MELAYU

PULAU PINANG 16 Feb. - Pembatalan perarakan Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri dipercayai cubaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk melenyapkan pengaruh orang Melayu secara halus dan perlahan-lahan di negeri ini.

Setiausaha Kelab Warisan Malaysia Pulau Pinang (Keris), Azman Hassan berkata, sambutan program keagamaan di kawasan tertutup jika dijadikan amalan biasa lama-kelamaan akan melemahkan syiar Islam tanpa disedari.

"Guan Eng secara halus dan perlahan-lahan cuba untuk menafikan Islam di Pulau Pinang.

"Dia (Guan Eng) mahu program agama Islam dibuat secara tertutup. Dia cuba tiru seperti Singapura," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan pendedahan Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang mengenai pembatalan perarakan sempena Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri tetapi diteruskan dengan perhimpunan ummah di Dewan Sri Pinang.


Bagaimanapun, akibat dikritik hebat dan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, kerajaan negeri membuat keputusan untuk mengadakan perarakan tersebut yang mengikut program asal sebelum ini dibatalkan.

Malah, Guan Eng menafikan perarakan itu dibatalkan dan menuduh Utusan Malaysia berbohong dan membuat fitnah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri.

Menurut Azman, terdapat beberapa lagi perancangan yang dibuat oleh Guan Eng yang tidak begitu disedari orang Melayu.

Sebagai contoh, jelas beliau, cadangan pelantikan Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) kepada Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman yang secara tradisi jawatan tersebut disandang oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

"Sebenarnya Guan Eng mahu melihat respons orang Melayu terhadap cadangan yang dibuatnya.

"Perancangan dia tetap berjalan, kalau orang Melayu bantah, dia akan buat cara lain," katanya. - UTUSAN

PEMUDATAMANPERUDA - Wahai anak bangsaku, bangkitlah bangunlah dari tidur...sedarlah wahai bangsaku, pengaruh Melayu semakin terpinggir akibat daripada 'political animal' yang dimainkan oleh pakatan pembangkang...

ADA 'FIRAUN KECIL' CUBA SINGKIR SAYA DARI PKR - ZULKIFLI NOORDIN

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin Selasa berkata ada sekumpulan 'firaun kecil' sedang bersekongkol untuk menyingkirkannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata kelompok itu bukan saja daripada kalangan anggota PKR dan PAS tetapi juga badan bukan kerajaan yang tidak senang dengannya.

Perkembangan terkini membabitkan lembaga disiplin parti yang mahu membicarakannya ketika beliau tiada dalam negara menyerlahkan lagi komplot kumpulan itu, katanya kepada pemberita di sini.

"Saya hairan mengapa mereka (Lembaga Disiplin) pilih tarikh tersebut, sedangkan mereka telah sedia maklum bahawa saya bersama 12 anggota Parlimen dari pakatan pembangkang dan Barisan Nasional akan berada di Korea bermula esok sehingga 25 Feb ini," katanya.

Zulkifli sebelum itu memberitahu pemberita bahawa lembaga disiplin parti menetapkan Khamis ini sebagai tarikh perbicaraan berhubung kes beliau membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari parti PAS bulan lepas.

Tindakan itu kata Zulkifli, seolah-olah mahu mensabotajnya memandangkan beliau telah memaklumkan kepada PKR berhubung urusannya di Korea Selatan itu yang bertujuan menghadiri Persidangan Kepimpinan Antarabangsa.

Lembaga Disiplin PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab dan mengarahkan Zulkilfi untuk hadir bersidang pada 18 Feb dengan tarikh alternatif pada 23 Feb ini.

Zulkifli juga meragui keikhlasan lembaga disiplin parti untuk mendengar penjelasannya memandangkan pelbagai kenyataan yang dibuat oelh pemimpin parti sebelum ini termasuk oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan hukuman telahpun dijatuhkan.

"Jadi bagaimana Lembaga Disiplin yang duduk di bawah Majlis Pimpinan Tertinggi boleh diharap berlaku adil dan saksama kepada saya dalam keadaan kepimpinan parti yang akan membuat keputusan sudahpun menghukum saya dan bertindak menjadi penyiasat, pendakwa, hakim serta penghukum.

"Saya bimbang prosiding lembaga disiplin itu hanyalah sekadar satu 'drama politik' semata-mata untuk menunjukkan kononnya saya sudah diberi peluang membela diri sedangkan keputusannya sudah pun dipersiapkan," katanya.

Zulkifli berkata Lembaga Disiplin PKR juga mengamalkan sikap pilih kasih memandangkan badan itu hanya mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beliau, Anggota Parlimen Bayan Baru Datu Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng.

Namun katanya, tidak ada surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong dan Biro Politik Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR Datuk Zaid Ibrahim walaupun Anwar dan Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution memberitahu media kedua-dua mereka itu juga akan dipanggil oleh lembaga disiplin parti. - BERNAMA

PEMUDATAMANPERUDA - Sapa la pulak 'firaun kecil' ni YB Zul? Jangan la buat kami tertanya-tanya...sepanjang pengetahuan saya, kalau sudah ada 'bapak firaun' anak-anak dia semuanya memang sudah menjadi 'firaun kecil...baik YB Zul keluar cepat-cepat dari PKR, saya takut YB sendiri pun akan berjangkit jadi 'firaun kecil'....

ANWAR AKUI SALAH PILIH CALON


PULAU PINANG, 16 Feb (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa mengakui beliau salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum yang lepas.

"Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka)," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.

Minggu lepas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Anggota Parlimen bebas.

Beliau kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta kesal dengan perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang. - BERNAMA

PEMUDATAMANPERUDA - Hai bapak anWAR, baru sedar hang salah pilih calon...salah pilih calon atau dah tak ada calon langsung dalam PKR. Allah Maha Kaya, Dia dah memberi petunjuk kepada kamu wahai bapak anWAR...sedarlah wahai pengkhianat bangsa...

Sabtu, 13 Februari 2010

ANGGOTA PARLIMEN BAYAN BARU UMUM KELUAR PARTI

PETALING JAYA, 12 Feb (Bernama) -- Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada Jumaat mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta merta.

Zahrain berkata keputusan itu adalah kerana beliau kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, serta kesal dengan perjuangan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Dengan langkah itu, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu mengumumkan bahawa beliau adalah wakil bebas yang tidak menyokong mana-mana parti politik.

"Niat untuk masuk parti-parti lain tidak ada, saya akan keluar dan menjadi sebagai seorang Independent (Bebas). Saya adalah orang yang bebas," katanya semasa kelihatan tenang pada sidang media di sebuah hotel di sini.

Ketegangan dalam kepimpinan pakatan PKR-PAS-DAP tercetus apabila baru-baru ini Zahrain menuduh Lim, yang juga setiausaha agung DAP, sebagai seorang diktator dan cauvinis serta berfikiran ala komunis.

"Tindakan kerajaan pimpinan Lim membelakangkan prinsip keadilan, hak asasi kemanusiaan dan keadilan semula jadi.

"Amalan Lim dan konco-konconya bukan sahaja bersikap angkuh dan tidak boleh menerima teguran dan kritikan malahan mereka menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka untuk kepentingan politik sempit dan jahat mereka," katanya.

Zahrain berkata tindakan keluar parti dilakukan kerana beliau tidak mahu dihukum sejarah dan generasi akan datang kerana tidak berbuat apa-apa dalam mencegah kemungkaran serta menjadi sebahagian daripada kumpulan yang merosakkan bangsa, agama dan negara.

"Saya telah melakukan apa yang terdaya dalam kemampuan saya untuk mencegah kemungkaran besar yang berlaku di peringkat kepimpinan PKR, namun semua bantahan dan teguran saya diremehkan.

"Sebaliknya, mereka bertindak menyingkir dan meminggirkan saya dengan tujuan untuk menghapuskan suara teguran dan kritikan dalam PKR tanpa menghormati hak asasi kemanusiaan, hak membela diri dan prinsip keadilan yang mereka laungkan selama ini," katanya.

Zahrain sebelum ini dilaporkan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti kerana tindakannya mengkritik kepimpinan Lim.

Selain Zahrain, beberapa pemimpin PKR lain seperti Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, Datuk Zaid Ibrahim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, juga dilaporkan sebelum ini akan dihadapkan ke jawatankuasa itu.

Ditanya sama ada beliau mempunyai masalah dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Zahrain berkata beliau masih menganggap Anwar sebagai kawan cuma beliau kecewa kerana kepercayaan dan keyakinannya dalam memjuangkan parti terhakis akibat keraguan terhadap matlamat dan cara perjuangan yang bawa oleh PKR khasnya dan Pakatan Rakyat umumnya.

"Saya kecewa sebagai kawan hak saya untuk menasihati beliau (Anwar), tetapi kalau parti buat pendirian yang luar daripada apa yang saya kata sebagai ikhlas, maknanya saya kecewa kerana saya juga manusia biasa yang ada perasaan," katanya.

Zahrain memberikan jaminan kepada para pengundinya di Bayan Baru bahawa beliau tidak akan belot terhadap pengundi yang telah memilihnya serta menasihati rakyat supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pakatan PKR-Pas-DAP.

"Saya percaya Pakatan Rakyat tidak tahan lama. Saya tidak mahu rakyat tertipu dengan retorik Pakatan Rakyat," katanya

PEMUDATAMANPERUDA - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya terbuka jugak hati Datuk Zahrain untuk keluar daripada parti PKR...saya mendoakan semoga ramai lagi penyokong-penyokong pakatan rakyat yang akan mengikut jejak Datuk Zahrain...

Rabu, 10 Februari 2010

LAGI PENGHINAAN TERHADAP INSTITUSI RAJA DAN KEHAKIMAN OLEH PUAK PAS


Penulis blog PAS masih tidak boleh menerima kenyataan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan kemenangan YB Zambri sebagai MB sah Perak. Sila baca betapa kurang ajarnya penulis Harakah ini :

Jom kita ke hutan cari keadilan!

Tok Pepijat

Sah! Seperti dijangkakan oleh rakyat, mahkamah sejak zaman Mahathir hinggalah era Najib tetap memihak kepada UMNO. Itulah realitinya.

Sejak runtuhnya keadilan apabila Tun Salleh Abas di"nyah"kan oleh Mahathir, Institusi Kehakiman tidak mampu lagi bangkit hinggalah kini walaupun Ketua Hakim silih berganti dan terbinanya "Istana Kehakiman" yang indah di Putrajaya.

Rakyat umumnya melihat Ketua Hakim Zaki Azmi masih memakai "baju UMNO". Jadi apa hendak dihairankan jika kes yang berkaitan kepentingan UMNO akan diberi "kemenangan yang penuh gemilang"?

Tiada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat untuk menagih sisa-sisa keadilan.

Dengan kemenangan 5-0 itu, sudah nampak bayangan kesudahan kes Anwar. Keluarga Anwar mesti siap sedia menerima kehilangan Anwar kali kedua dan PR perlu mencari Ketua PR yang baru.

Yang pastinya dengan keputusan 5-0 itu, bermakna Perak menjadi negeri pertama di Malayasia mengamalkan Sistem Raja Mutlak. Bukan lagi Sistem Raja Berperlembagaan.

Tentunya yang menarik ianya berlaku di negeri yang bersultan kan mantan Ketua Hakim Negara. Bagaimana detik hati pendengar jika mendengar mantan Ketua Hakim dan anaknya berbicara tentang undang-undang dan keadilan kelak?

Selepas ini jika rakyat Perak inginkan keadilan, mungkin mereka boleh masuk ke hutan Grik untuk berhakimkan "Hakim Beruk atau Singa". Barangkali di sana keadilan lebih "menyerlah"!

Yang pasti, mantan Ketua Hakim yang tidak berdarah raja Tun Salleh Abas tetap menjadi sebutan umum sebagai pejuang keadilan dan sejarahnya bakal dicatat dengan tinta emas sepertimana arwah Tun Sufian Hashim.

Rakyat tentunya menunggu bila agaknya Malaysia bakal bertukar sistem dari Raja Berperlembagaan kepada Raja Mutlak seperti Perak? Inilah yang membuatkan PM Najib tidak lena tidur.

PEMUDATAMANPERUDA - Inilah dia juak-juak PAS, masih tidak boleh menerima kenyataan. Menuduh yang bukan-bukan, menghina institusi kehakiman dan yang paling menyedihkan menghina institusi raja. Saya dapat membayangkan apa akan terjadi sekiranya Pakatan Rakyat yang memerintah bumi Malaysia tercinta. Negara akan tergadai begitu sahaja. Sedangkan institusi-institusi penting negara dipersenda, dipermain dan dihina begitu sahaja. Ya Allah! Kau Selamatkanlah bumi Malaysia yang kucintai...

PEMBANGKANG TIDAK PERLU LETAK SYARAT JIKA IKHLAS - YB ZAMBRI

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pembangkang seharusnya tidak meletakkan pelbagai syarat dan permintaan sekiranya mereka ikhlas untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata isu itu juga seharusnya tidak ditimbulkan pembangkang kerana sudah menjadi polisi kerajaan untuk sentiasa bekerjasama dengan semua dan membantu rakyat tanpa mendiskriminasikan mana-mana pihak.

"Tak perlulah memberi syarat dan tekanan. Kita perlu ikhlas untuk membantu rakyat kerana sasaran dan matlamat kita yang utama ialah membantu rakyat. Bukannya dengan memberi syarat atau memberi ugutan itu dan ini.

"Mereka pun tahu waktu zaman mereka memerintah, apa yang mereka buat, tetapi saya tidak mahulah mengikut apa yang mereka lakukan. Membantu rakyat jelata, itu yang menjadi kayu pengukur antara kita," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Zambry berada di sini kerana mengiringi Sultan Perak Sultan Azlan Shah ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-220 di Istana Negara sejak Selasa.

Zambry berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa permintaan yang dikemukakan pembangkang sebelum mereka bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri.

Semalam, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata parti gabungan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mahu kerajaan negeri yang dipimpin Zambry memenuhi beberapa tuntuan mereka.

Ini termasuk membenarkan mereka menggunakan kemudahan dewan orang ramai, menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah serta memberi peruntukan kewangan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang.

Mohammad Nizar berkata gabungan parti pembangkang itu bersedia memberi kerjasama kepada kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sekiranya syarat yang mereka tetapkan dipenuhi.

Zambry juga tidak menolak kemungkinan permintaan tersebut hanyalah sebahagian taktik pembangkang untuk mengheret kerajaan negeri kepada satu permasalahan baru dan menjadikannya sebagai isu politik sekiranya kerajaan menolak permintaan tersebut.

Beliau juga mempersoalkan kejujuran pembangkang dalam membuat tuntutan tersebut dan kerajaan negeri, katanya tetap berhati-hati dalam soal memberi bantuan kewangan kerana bimbang digunakan untuk kepentingan politik berbanding membantu rakyat.

"Mereka perlu lihat kepada niat mereka yang sebenarnya. Untuk apa kita menjadi seorang ahli politik dan kita memegang tampuk kuasa itu untuk apa. Jika jelas, maka tak perlulah diletakkan syarat itu dan ini," katanya.

Zambry bagaimanapun menyatakan kerajaan negeri tetap menyambut baik kesediaan pembangkang untuk bekerjasama dengan pentadbirannya tetapi mahu pembangkang ikhlas dalam menghulurkan bantuan dan mengotakan janji yang dibuat.

"Baguslah dia nak kerjasama. Sebab selama ni pun kita tak pernah tak bagi kerjasama cuma kita nak beliau kena kotakanlah. Selama ini pun kita tak pernah bergaduh. Saya sendiri pun tak pernah bergaduh dengan dia (Mohammad Nizar) malah tak pernah bergaduh dengan semua orang," katanya

PEMUDATAMANPERUDA - Keikhlasan datang dari hati nurani yang luhur. Pakatan Rakyat Perak bukannya ikhlas sebenarnya, mereka hanya ingin mempergunakan isu ini dan mempolitikkannya. Ini adalah permainan jahat mereka sejak dahulu lagi. Sekiranya mereka benar-benar ikhlas, seharusnya tidak meletakkan pelbagai syarat dan permintaan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri. Apa yang penting adalah ikhlas demi rakyat, bukan untuk bermain politik semata-mata. Rakyat sudah muak dengan permainan Pakatan Rakyat...

KARPAL SINGH DITEGUR GUNA PERKATAAN KASAR TERHADAP HAKIM

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu, Rabu ditegur kerana menggunakan perkataan kasar terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mengadili kes itu.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu, berkata Karpal Singh bebas mengemukakan hujah tanpa perlu menghina hakim.

"Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar. Walaupun kita boleh berhujah sebaik manapun untuk anak guam kita, tetapi menggunakan perkataan kasar adalah tidak wajar.

"Kita boleh berbuat demikian dengan sopan dan beretika," katanya ketika berhujah semasa mahkamah mendengar permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes itu kononnya kerana beliau berat sebelah.

Sebelum itu, Karpal Singh berkata bahawa oleh kerana Hakim Mohamad Zabidin tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai "satu pembohongan oleh Yang Arif".

Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan adalah mengikut seksyen 377B Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Perbicaraan kes itu masuk hari keenam hari ini tetapi ditangguhkan bagi mendengar permohonan oleh pihak pembelaan itu.

Mohd Saiful, saksi pertama, sedang disoal dalam pemeriksaan balas.

Pada prosiding Rabu, Mohd Yusof berkata Hakim Mohamad Zabidin tidak perlu menarik diri kecuali jika ada perkara atau sebab semasa perbicaraan bahawa hakim itu bertindak berat sebelah. - BERNAMA

PEMUDATAMANPERUDA - Apa yang nak dihairankan, memang inilah sikap mereka berlagak dan bongkak. Sedangkan dengan Sultan pun mereka boleh menunjukkan sikap sombong, inikan pulak hakim. Pihak pendakwaraya perlu berwaspada dan berhati-hati dengan Karpal Singh dan puak pembelaan. Mereka ini sangat bijak dan licik. Saya melihat seperti mereka sedang merancang sesuatu, maka jangan terpedaya dengan rentak mereka serta perlu lebih berwaspada...

Selasa, 9 Februari 2010

PAKATAN PERAK MAHU KERAJAAN BN PENUHI TUNTUTAN MEREKA

IPOH, 9 Feb (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata parti gabungan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri mahu kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memenuhi beberapa tuntuan mereka.

Beliau berkata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti gabungan pembangkang yang bermesyuarat malam ini juga menetapkan supaya mereka dibenarkan menggunakan kemudahan dewan orang ramai di Perak untuk menjalankan aktivitinya.

Selain tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input bagi kepentingan rakyat Perak, katanya kepada pemberita di sini malam Selasa.

Beliau juga berkata: "Kami merayu ADUN pembangkang dibekalkan dengan sedikit peruntukan kewangan supaya kita dapat melancarkan kerja-kerja berkaitan kebajikan rakyat."

Mohammad Nizar berkata gabungan parti pembangkang itu bersedia memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Menteri Besar itu demi kepentingan rakyat sekiranya syarat yang mereka tetapkan dipenuhi.

Walaupun beliau menerima keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak, tetap menganggap ia merupakan sesuatu yang menyedihkan dan akan meneliti keputusan penghakiman itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya. - BERNAMA

PEMUDATAMANPERUDA - Ni apahal pulak Nizar oiiii...tuntutan apa pulak ni? Sekiranya tuntutan untuk menggunakan kemudahan dewan orang ramai dan tuntutan peruntukan kewangan boleh diterima akal dan saya yakin Kerajaan BN tidk zalim dan percaya akan memenuhi tuntutan ini. Tapi untuk tuntutan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah, ini tidak boleh diterima akal walau apa alasan sekali pun. Andai kata mereka pembangkang menjadi pemerintah sekalipun tidak akan sesekali mengajak BN duduk dalam mesyuarat tersebut. Inilah yang dikatakan oleh orang tua-tua, 'beri betis nak peha'...melebih-lebih la pulak...nasihat saya kepada YB Zambri, jangan dok layan sangat dengan puak ni....

TUN MAHATHIR SENANG KEPIMPINAN NAJIB


KULIM, 9 Feb (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau gembira dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abduk Razak kerana mempraktikkan ciri-ciri pentadbiran yang memenuhi kehendak serta kepentingan rakyat dan negara.

"Saya telah beberapa kali menemui Najib sejak beliau mengambil alih kepimpinan negara dan merasa senang dengan cara beliau mentadbir sehingga kini," katanya ketika berucap pada program Mesra Rakyat anjuran bersama Umno Bahagian Padang Serai dan Yayasan Pembangunan Insan Pulau Pinang di sini Isnin malam.

Beliau berharap Najib akan meneruskan tradisi bekerja dan berjasa kepada rakyat.

Dr Mahathir juga berkata beliau yakin krisis dalaman melibatkan beberapa parti komponen Barisan Nasional akan selesai sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti.

Katanya pemimpin-pemimpin parti berkenaan sedar bahawa penyelesaian segera pergeseran dalaman akan menjamin masa depan BN kembali cerah untuk menang pilihan raya akan datang dengan majoriti lebih baik.

Dr Mahathir berkata pemimpin-pemimpin yang bertelagah sedar bahawa mereka tidak ada pilihan kecuali untuk berbaik-baik semula.

Katanya rakyat Malaysia harus bersyukur kerana pembangunan dalam pelbagai bidang sejak negara Merdeka hampir 53 tahun lepas banyak mengatasi negara-negara lain di dunia yang merdeka dalam tempoh sama. - BERNAMA


PEMUDATAMANPERUDA - Tahniah buat seluruh kepimpinan Datuk Seri Najib kerana berjaya meyakinkan negarawan Tun Mahathir. Rakyat sudah semakin yakin dan menyenangi gaya kepimpinan beliau. Teruskan gaya kepimpinan anda demi kemajuan negara tercinta Malaysia. Sebenarnya anWAR Ibrahim juga sangat yakin dengan Datuk Seri Najib sejak dahulu lagi, cuma bezanya beliau malu nak cakap kot...he...he...he...

NIZAR MASIH SUKAR MENERIMA KENYATAAN


PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'. Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu. Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu. Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.
“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang. Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasiBaginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu. “Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya. Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.
Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah haria bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.
PEMUDATAMANPERUDA - Sudah-sudahlah tu, keputusan Mahkamah Persekutuan sudah dibuat. Tak payah nak mencabar MB yang sah YB Zambri bubar DUN pulak. Belajar-belajarlah terima kenyataan. Sebenarnya 'Mahkamah Rakyat' yang kamu dan sekutu kamu war-warkan tu akan jatuhkan hukuman mandatori kepada kamu pada PRU 13 nanti. Kalau bubar DUN pun, puak kamu akan 'terlingkup' jugak sebenarnya...kajian persepsi rakyat menunjukkan bahawa rakyat dah meluat dengan puak kamu. Sedar la diri sikit...

Isnin, 8 Februari 2010

MASALAH AIR DI KEDAH MERUNCING

Rumah korang semua ada air tak? Apa korang rasa kalau rumah korang takde air selama sehari semalam? Best? Err..kalau korang ada kilang, dan kilang korang kena "shut down" sebab takde air. Korang suka tak? Berapa juta RM korang rugi? Pada aku, biar siapa pun, pastinya tak suka kalau sumber asas kehidupan ni takde. Tapi, inilah yang terpaksa diharungi oleh rakyat Kedah dan peniaga-peniaga yang berada di Kedah. Akibat sikap suka "tai chi mentai chi" & lepas tangan Azizan Razak dan kepimpinan PR Kedah, maka rakyat Kedah terpaksa merana...

Aku diberitakan bahawa masalah "air" di Kedah semakin meruncing. Banyak rumah-rumah yang tiada bekalan air. Terpaksa ke rumah saudara mara untuk "pinjam" air untuk kegunaan harian. Ada yang terpaksa mandi di pejabat, itu pun dengan air yang meleleh macam "air kencing" budak. Sudahlah hujan semakin jarang turun di Kedah, cuaca semakin panas, air pula takdak! Macam "cacing kepanasan" la rakyat Kedah...

Menurut khabar juga diberitakan bahawa beberapa kilang di Kulim Hi-Tech akan mengambil tindakan saman terhadap Kerajaan Negeri Kedah akibat kerugian kerana tidak dapat beroperasi. Kilang-kilang mereka terpaksa di"shut down" akibat tiada bekalan air. Lori air pun tak dibekalkan. Di Pendang pula, seorang usahawan yang nak memulakan program penanaman kacang terpaksa menangguhkan programnya akibat tidak ada air.Sudahlah air takde, kalau ada air pun, airnya itu tidak berkualiti. Karbon banyak sangat. Bertambah susahlah rakyat Kedah. Tapi mungkin air di Alor Setar dan Sg Limau elok saja. Maklumlah, kawasan tu kan kawasan MB dan Exco-Exco yang di"mulia"kan rakyat. Tak pa. Rakyat sanggup "susah" takde air, asalkan MB dan Exco-Exconya "selesa". Maklumlah, selepas letih berpanas bermain golf, tentulah nak mandi, nak minum air. Rakyat Kedah "okay" je...

Sebenarnya, isu masalah "air" ni dah lebih sebulan melanda Kedah. Sekarang ni dah February, masih lagi belum selesai. Entah apa yang dibuat Azizan Razak & Exco-Exconya? Bila ditanya, mulalah depa "tai chi" ke sana ke sini. Ungkapan "tak tahu" dan "kami akan siasat dulu" sudah menjadi jawapan "standard" depa. Nak tanya satu lagi ni..."reti buat kerja ke tidak ni?". Kalau "tak reti", mengaku saja laaa...

Dulu masalah "sampah" di Kedah, sekarang ni masalah "air" pulak? Masalah "sampah" dah dibantu oleh Kerajaan Pusat melalui "E-Idaman" dah. Masalah "air" ni pun tak mampu nak "settle" ke? Adoih laaa... - SUMBER DUKE of UMNO

PEMUDATAMANPERUDA - Apa cerita ni? Masalah asas rakyat ni, takkan ini pun tak berupaya nak atasi... ceramah bukan main sedap, masalah air pun takleh nak settle. Bila wartawan soal, MB Azizan mula la buat lawak bengong menjawab soalan ntah apa-apa...bukan jawab soalan, mengelak soalan...kalau masalah asas rakyat ni pun tak boleh nak settle, baik buat percubaan mengurus tadbir Kg. Sg. Limau dulu lah...kalau agak dah makan cekak, baru mai urus negeri

TAHNIAH, ZAMBRI SAH MB PERAK


PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas Mahkamah Persekutuan selepas menolak permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi. Keputusan itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff. Panel hakim itu telah menangguhkan penghakimannya pada 5 November tahun lalu setelah selesai mendengar hujah peguam yang mewakili Dr Zambry dan Mohammad Nizar dalam kes berkenaan.

Rayuan itu dibuat Mohammad Nizar dalam cubaan terakhirnya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada 4 Februari 2009 menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang itu melepaskan jawatan selepas mendapati beliau tidak memperoleh majoriti dalam Dewan Undangan Negeri. Pada Mei tahun lalu, dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut perlembagaan. - BERITA HARIAN 9/2/2010

PEMUDATAMANPERUDA - Ucapan tahniah buat YB Zambri kerana sah sebagai MB mengikut Perlembagaan Persekutuan. Manakala buat Nizar pula, takziah diucapkan kerana anda sah kekal sebagai badut DAP buat selam-lamanya. Pesanan buat penyokong pembangkang, terimalah keputusan ini dengan hati terbuka. Jangan sehingga berguling-guling atas jalan raya pulak macam budak-budak tak dapat gula-gula. Buat penyokong BN, kita seharusnya bersyukur dengan keputusan ini. Kebenaran sentiasa dipihak yang benar.

DAP PUNCA PAKATAN RAKYAT BERMASALAH - ZUL KULIM



Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin Isnin malam memecahkan tembelang DAP apabila menyatakan perlbagai masalah yang timbul di negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang adalah berpunca daripada parti berkenaan.

Paling menarik apabila beliau memberitahu kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak berpunca daripada sikap DAP yang merugikan orang Melayu dan Islam.

Menurutnya, dua ADUN PKR iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (DUN Behrang) dan Osman Jailu (DUN Changkat Jering) membuat keputusan meninggalkan PKR kerana sudah tidak boleh berkompromi lagi dengan DAP yang banyak membuat keputusan dan tindakan yang merugikan Melayu/Islam.

“Jika hendak dikatakan mereka tidak membangkitkan perkara ini dalam pertemuan tertutup, mereka telah berbuat demikian. Malah saya sendiri pernah hadir dalam pertemuan di mana mereka telah melahirkan rasa tidak puashati terhadap cara DAP di Perak. Namun tiada tindakan. Akhirnya mereka buat keputusan sendiri,” katanya.

Beliau mendedahkan perkara berkenaan pada temubual bersama Datuk Ahmad Talib dalam rancangan Soal Jawab yang disiarkan secara langsung oleh TV3.

Pendedahan beliau itu sudah tentu menggemparkan kerana selama ini pihak pembangkang seolah-olah senada menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai dalang yang menyebabkan tumbangnya kerajaan pakatan pembangkang di Perak.

Tidak cukup dengan itu, UMNO/BN turut dilabelkan sebagai perampas kuasa.

Namun berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Zulkifli Nordin, baik Jamaluddin, Osman mahupun ADUN DAP kawasan Jelapang, Hee Yit Foong meninggalkan pakatan pembangkang kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan DAP sendiri.

Pendedahan terbaru Zulkifli itu sudah tentu akan mengundang reaksi dariapda pimpinan pakatan pembangkang khususnya DAP dan PKR apatah lagi Zulkifli sebelum ini diarahkan oleh partinya untuk menutup mulut ekoran kontroversi isu kalimah Allah.

Malah beliau kini sedang dalam proses siasatan parti untuk dirujuk kepada Lembaga Disiplin PKR kerana dikatakan mengambil pendirian yang bercanggah dengan pendirian parti itu dalam isu kalimah Allah.

Menariknya, dalam temubual tersebut, Zulkifli yang ditanya mengenai perkembangan di Pulau Pinang secara tegas menyatakan, pergolakan dalam pakatan pembangkang di negeri itu berpunca apabila DAP mula menunjukkan ‘belang’ mereka yang sebenarnya.

Ketua Lim Guan Eng disifatkan oleh beliau hanya tahu mengkritik dan meletakkan kesalahan kepada kerajaan negeri yang lalu tetapi pada masa yang sama tidak berbuat apa-apa.

Beliau turut mendedahkan, ‘penyingkiran’ bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang lalu, Fairus Khairuddin daripada kerusi berkenaan adalah berpunca daripada Guan Eng melihat Fairus sebagai halangan kepada usahanya untuk menterjemahkan agenda DAP di negeri berkenaan.

Memperkukuhkan lagi hujahnya, Zulkifli turut memberikan contoh bagaimana DAP menjadi punca kepada permasalahan yang melanda negeri-negeri pakatan pembangkang.

Di Selangor katanya, seorang Exco dari DAP jelas mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan dengan merujuk isu rampasan minuman keras oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Contoh yang diberikannya itu jelas merujuk kepada Ronnie Liu.

Sehubungan itu dalam berhadapan dengan karenah DAP itu, beliau yang turut diajukan persoalan mengenai kerjasama politik parti-parti Melayu/Islam berkata, berdasarkan perubahan sikap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, UMNO perlu bersangka baik untuk mula duduk semeja dengan parti itu.

Malah beliau berkata, perubahan sikap Nik Aziz yang selama ini amat keras terhadap UMNO amat ketara apatah lagi setelah proses perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bermula dan UMNO perlu menyambut harat untuk berunding tersebut.

Alasan beliau, hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak ialah kestabilan politik dalam negara ini hanya boleh dicapai jika asas politik yang majoritinya dikuasai Islam berbangsa Melayu tidak tergugat.

Masalahnya sekarang menurut beliau, walaupun komposisi Ahli Parlimen Islam/Melayu adalah majoriti di Dewan Rakyat tetapi mereka tidak bersatu dan semua memberikan persepsi yang salah bahawa tanpa undi bukan Melayu, masing-masing tidak boleh menang.

Hinggakan dalam pakatan pembangkang ujar beliau, semua seolah-olah percaya bahawa undi bukan Melayu hanya boleh diperolehi melalui DAP dan ini menjadikan mereka merasa lebih besar
PEMUDA TAMAN PERUDA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute