Selasa, 23 Februari 2010

PEMUDA UMNO PULAU PINANG TOLAK PELAWAAN BERDEBAT

BUTTERWORTH, 22 Feb (Bernama) -- Pemuda Umno Pulau Pinang hari Isnin menolak pelawaan untuk menyertai debat terbuka anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada 7 Mac ini.

Ketuanya Norman Zahalan berkata Pemuda Umno negeri hanya akan berdebat dengan Lim Guan Eng kerana hanya Ketua Menteri Pulau Pinang itu dapat membuat keputusan dan menjawab segala persoalan yang bakal dikemukakan.

"Kita mahu tahu apa perancangan Lim untuk orang Melayu Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Norman berkata pihaknya menerima surat jemputan mengenai debat itu pagi ini.

Dalam satu sidang akhbar pagi ini, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri Yeoh Soon Hin mempelawa Pemuda Umno Pulau Pinang, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyertai debat yang akan diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Yeoh berkata debat yang bertemakan 'Isu Melayu Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran ' itu bertujuan memberi penjelasan mengenai pelbagai isu berkaitan orang Melayu dan umat Islam di negeri tersebut.

Pakatan pembangkang akan disertai wakil Angkatan Muda Keadilan (AMK), DAP dan wakil Pemuda PAS, manakala moderatornya adalah individu yang berkecuali.

PEMUDATAMANPERUDA - Tak payah la nak tunggu Lim Guan Eng, test power dengan anak-anak ikan pakatan dulu baru ajak bapak ikan. Saya kurang setuju dengan penolakan Pemuda Umno Pulau Pinang untuk berdebat kerana pantang anak jantan Melayu dicabar...

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOMUNITI CERIA AIDC

PEMUDA TAMAN PERUDA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute