Selasa, 9 Februari 2010

PAKATAN PERAK MAHU KERAJAAN BN PENUHI TUNTUTAN MEREKA

IPOH, 9 Feb (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata parti gabungan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri mahu kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memenuhi beberapa tuntuan mereka.

Beliau berkata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti gabungan pembangkang yang bermesyuarat malam ini juga menetapkan supaya mereka dibenarkan menggunakan kemudahan dewan orang ramai di Perak untuk menjalankan aktivitinya.

Selain tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input bagi kepentingan rakyat Perak, katanya kepada pemberita di sini malam Selasa.

Beliau juga berkata: "Kami merayu ADUN pembangkang dibekalkan dengan sedikit peruntukan kewangan supaya kita dapat melancarkan kerja-kerja berkaitan kebajikan rakyat."

Mohammad Nizar berkata gabungan parti pembangkang itu bersedia memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Menteri Besar itu demi kepentingan rakyat sekiranya syarat yang mereka tetapkan dipenuhi.

Walaupun beliau menerima keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak, tetap menganggap ia merupakan sesuatu yang menyedihkan dan akan meneliti keputusan penghakiman itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya. - BERNAMA

PEMUDATAMANPERUDA - Ni apahal pulak Nizar oiiii...tuntutan apa pulak ni? Sekiranya tuntutan untuk menggunakan kemudahan dewan orang ramai dan tuntutan peruntukan kewangan boleh diterima akal dan saya yakin Kerajaan BN tidk zalim dan percaya akan memenuhi tuntutan ini. Tapi untuk tuntutan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah, ini tidak boleh diterima akal walau apa alasan sekali pun. Andai kata mereka pembangkang menjadi pemerintah sekalipun tidak akan sesekali mengajak BN duduk dalam mesyuarat tersebut. Inilah yang dikatakan oleh orang tua-tua, 'beri betis nak peha'...melebih-lebih la pulak...nasihat saya kepada YB Zambri, jangan dok layan sangat dengan puak ni....

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOMUNITI CERIA AIDC

PEMUDA TAMAN PERUDA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute