Selasa, 9 Februari 2010

TUN MAHATHIR SENANG KEPIMPINAN NAJIB


KULIM, 9 Feb (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau gembira dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abduk Razak kerana mempraktikkan ciri-ciri pentadbiran yang memenuhi kehendak serta kepentingan rakyat dan negara.

"Saya telah beberapa kali menemui Najib sejak beliau mengambil alih kepimpinan negara dan merasa senang dengan cara beliau mentadbir sehingga kini," katanya ketika berucap pada program Mesra Rakyat anjuran bersama Umno Bahagian Padang Serai dan Yayasan Pembangunan Insan Pulau Pinang di sini Isnin malam.

Beliau berharap Najib akan meneruskan tradisi bekerja dan berjasa kepada rakyat.

Dr Mahathir juga berkata beliau yakin krisis dalaman melibatkan beberapa parti komponen Barisan Nasional akan selesai sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti.

Katanya pemimpin-pemimpin parti berkenaan sedar bahawa penyelesaian segera pergeseran dalaman akan menjamin masa depan BN kembali cerah untuk menang pilihan raya akan datang dengan majoriti lebih baik.

Dr Mahathir berkata pemimpin-pemimpin yang bertelagah sedar bahawa mereka tidak ada pilihan kecuali untuk berbaik-baik semula.

Katanya rakyat Malaysia harus bersyukur kerana pembangunan dalam pelbagai bidang sejak negara Merdeka hampir 53 tahun lepas banyak mengatasi negara-negara lain di dunia yang merdeka dalam tempoh sama. - BERNAMA


PEMUDATAMANPERUDA - Tahniah buat seluruh kepimpinan Datuk Seri Najib kerana berjaya meyakinkan negarawan Tun Mahathir. Rakyat sudah semakin yakin dan menyenangi gaya kepimpinan beliau. Teruskan gaya kepimpinan anda demi kemajuan negara tercinta Malaysia. Sebenarnya anWAR Ibrahim juga sangat yakin dengan Datuk Seri Najib sejak dahulu lagi, cuma bezanya beliau malu nak cakap kot...he...he...he...

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOMUNITI CERIA AIDC

PEMUDA TAMAN PERUDA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute