Selasa, 16 Februari 2010

ADA 'FIRAUN KECIL' CUBA SINGKIR SAYA DARI PKR - ZULKIFLI NOORDIN

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin Selasa berkata ada sekumpulan 'firaun kecil' sedang bersekongkol untuk menyingkirkannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata kelompok itu bukan saja daripada kalangan anggota PKR dan PAS tetapi juga badan bukan kerajaan yang tidak senang dengannya.

Perkembangan terkini membabitkan lembaga disiplin parti yang mahu membicarakannya ketika beliau tiada dalam negara menyerlahkan lagi komplot kumpulan itu, katanya kepada pemberita di sini.

"Saya hairan mengapa mereka (Lembaga Disiplin) pilih tarikh tersebut, sedangkan mereka telah sedia maklum bahawa saya bersama 12 anggota Parlimen dari pakatan pembangkang dan Barisan Nasional akan berada di Korea bermula esok sehingga 25 Feb ini," katanya.

Zulkifli sebelum itu memberitahu pemberita bahawa lembaga disiplin parti menetapkan Khamis ini sebagai tarikh perbicaraan berhubung kes beliau membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari parti PAS bulan lepas.

Tindakan itu kata Zulkifli, seolah-olah mahu mensabotajnya memandangkan beliau telah memaklumkan kepada PKR berhubung urusannya di Korea Selatan itu yang bertujuan menghadiri Persidangan Kepimpinan Antarabangsa.

Lembaga Disiplin PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab dan mengarahkan Zulkilfi untuk hadir bersidang pada 18 Feb dengan tarikh alternatif pada 23 Feb ini.

Zulkifli juga meragui keikhlasan lembaga disiplin parti untuk mendengar penjelasannya memandangkan pelbagai kenyataan yang dibuat oelh pemimpin parti sebelum ini termasuk oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan hukuman telahpun dijatuhkan.

"Jadi bagaimana Lembaga Disiplin yang duduk di bawah Majlis Pimpinan Tertinggi boleh diharap berlaku adil dan saksama kepada saya dalam keadaan kepimpinan parti yang akan membuat keputusan sudahpun menghukum saya dan bertindak menjadi penyiasat, pendakwa, hakim serta penghukum.

"Saya bimbang prosiding lembaga disiplin itu hanyalah sekadar satu 'drama politik' semata-mata untuk menunjukkan kononnya saya sudah diberi peluang membela diri sedangkan keputusannya sudah pun dipersiapkan," katanya.

Zulkifli berkata Lembaga Disiplin PKR juga mengamalkan sikap pilih kasih memandangkan badan itu hanya mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beliau, Anggota Parlimen Bayan Baru Datu Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng.

Namun katanya, tidak ada surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong dan Biro Politik Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR Datuk Zaid Ibrahim walaupun Anwar dan Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution memberitahu media kedua-dua mereka itu juga akan dipanggil oleh lembaga disiplin parti. - BERNAMA

PEMUDATAMANPERUDA - Sapa la pulak 'firaun kecil' ni YB Zul? Jangan la buat kami tertanya-tanya...sepanjang pengetahuan saya, kalau sudah ada 'bapak firaun' anak-anak dia semuanya memang sudah menjadi 'firaun kecil...baik YB Zul keluar cepat-cepat dari PKR, saya takut YB sendiri pun akan berjangkit jadi 'firaun kecil'....

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOMUNITI CERIA AIDC

PEMUDA TAMAN PERUDA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute