Rabu, 10 Februari 2010

LAGI PENGHINAAN TERHADAP INSTITUSI RAJA DAN KEHAKIMAN OLEH PUAK PAS


Penulis blog PAS masih tidak boleh menerima kenyataan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan kemenangan YB Zambri sebagai MB sah Perak. Sila baca betapa kurang ajarnya penulis Harakah ini :

Jom kita ke hutan cari keadilan!

Tok Pepijat

Sah! Seperti dijangkakan oleh rakyat, mahkamah sejak zaman Mahathir hinggalah era Najib tetap memihak kepada UMNO. Itulah realitinya.

Sejak runtuhnya keadilan apabila Tun Salleh Abas di"nyah"kan oleh Mahathir, Institusi Kehakiman tidak mampu lagi bangkit hinggalah kini walaupun Ketua Hakim silih berganti dan terbinanya "Istana Kehakiman" yang indah di Putrajaya.

Rakyat umumnya melihat Ketua Hakim Zaki Azmi masih memakai "baju UMNO". Jadi apa hendak dihairankan jika kes yang berkaitan kepentingan UMNO akan diberi "kemenangan yang penuh gemilang"?

Tiada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat untuk menagih sisa-sisa keadilan.

Dengan kemenangan 5-0 itu, sudah nampak bayangan kesudahan kes Anwar. Keluarga Anwar mesti siap sedia menerima kehilangan Anwar kali kedua dan PR perlu mencari Ketua PR yang baru.

Yang pastinya dengan keputusan 5-0 itu, bermakna Perak menjadi negeri pertama di Malayasia mengamalkan Sistem Raja Mutlak. Bukan lagi Sistem Raja Berperlembagaan.

Tentunya yang menarik ianya berlaku di negeri yang bersultan kan mantan Ketua Hakim Negara. Bagaimana detik hati pendengar jika mendengar mantan Ketua Hakim dan anaknya berbicara tentang undang-undang dan keadilan kelak?

Selepas ini jika rakyat Perak inginkan keadilan, mungkin mereka boleh masuk ke hutan Grik untuk berhakimkan "Hakim Beruk atau Singa". Barangkali di sana keadilan lebih "menyerlah"!

Yang pasti, mantan Ketua Hakim yang tidak berdarah raja Tun Salleh Abas tetap menjadi sebutan umum sebagai pejuang keadilan dan sejarahnya bakal dicatat dengan tinta emas sepertimana arwah Tun Sufian Hashim.

Rakyat tentunya menunggu bila agaknya Malaysia bakal bertukar sistem dari Raja Berperlembagaan kepada Raja Mutlak seperti Perak? Inilah yang membuatkan PM Najib tidak lena tidur.

PEMUDATAMANPERUDA - Inilah dia juak-juak PAS, masih tidak boleh menerima kenyataan. Menuduh yang bukan-bukan, menghina institusi kehakiman dan yang paling menyedihkan menghina institusi raja. Saya dapat membayangkan apa akan terjadi sekiranya Pakatan Rakyat yang memerintah bumi Malaysia tercinta. Negara akan tergadai begitu sahaja. Sedangkan institusi-institusi penting negara dipersenda, dipermain dan dihina begitu sahaja. Ya Allah! Kau Selamatkanlah bumi Malaysia yang kucintai...

1 ulasan:

Unknown berkata...

acu try bagi PR memerintah sekali kita pakat2 tgk...kahkahkah berani ke melayu nk berubah...sampai bila melayu nk kena tipu di pemimpin sendiri...kahkahkah dimana umno kuat disitu melayu merempat...kahkahkh

Catat Ulasan

KOMUNITI CERIA AIDC

PEMUDA TAMAN PERUDA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute