Selasa, 16 Mac 2010

ONG KA TING BERTANDING PRESIDEN MCA

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting Selasa mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden parti itu menentang penyandangnya Datuk Seri Ong Tee Keat dalam pemilihan 28 Mac ini.

Sambil mengesahkan spekulasi bahawa beliau akan muncul semula, Ka Ting berkata beliau menerima banyak panggilan daripada para anggota, veteran dan perwakilan parti di seluruh negara yang disampaikan kepadanya melalui pelbagai saluran media meminta beliau kembali dan bertanding untuk presiden.

"Kepada semua anggota parti yang prihatin dan sayangkan parti, saya kata saya dapat dengar dengan lantang dan jelas.

"Oleh itu, saya ingin mengumumkan pencalonan saya bagi jawatan presiden MCA bagi pemilihan parti akan datang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Selasa.

Menjelaskan keputusannya untuk bertanding jawatan presiden, Ka Ting berkata sebagai bekas presiden parti, ia bukan satu rahsia bahawa kedudukan hal ehwal parti itu telah membuat beliau begitu sedih kerana semasa beliau mengumumkan untuk tidak bertanding presiden pada 28 Jun, 2008, beliau menyangkakan beliau menyerahkan parti itu kepada mereka yang bertanggungjawab dalam keadaan selamat dan bersatu.

"Ia mengecewakan saya, ia bukan sahaja terjadi disebaliknya, tapi juga nilai-nilai baik budaya berpolitik yang sihat, tadbir urus dan kepimpinan yang kolektif, yang diamalkan dan disokong pasukan saya semasa saya menjadi presiden, hanya tinggal sejarah sahaja sebaik sahaja saya bersara," katanya.

PEMUDATAMANPERUDA - Semoga dengan kemasukan semula Ong Ka Ting diharapkan dapat menyelesaikan segala permasalahan kepimpinan dalam MCA yang merupakan komponen penting dalam BN. Permasalahan dalam MCA seharusnya diselesaikan segera seperti yang pernah diperkatakan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini. Sekiranya permasalahan ini tidak diselesaikan segera, maka undi kaum cina akan merosot pada PRU 13 nanti akibat daripada rasa meluat dengan permasalahan kepimpinan yang tidak sudah-sudah. Secara peribadi, penulis kagum dengan keperibadian Ong Ka Ting kerana beliau merupakan seorang yang penuh dengan karisma dan bertanggungjawab. Beliau bertanggungjawab selepas PRU 12 dahulu dengan melepaskan jawatan beliau atas kerana kerusi MCA pada masa itu merosot. Pemimpin sebegini kita sukar temui, lihat sahaja Presiden MIC yang masih tak sedar-sedar diri lagi. Penulis merasakan kehadiran Ong Ka Ting amat tepat pada masanya. Harapan komponen-komponen BN yang lain ialah segeralah selesaikan masalah demi kepentingan bersama...

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOMUNITI CERIA AIDC

PEMUDA TAMAN PERUDA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute