Jumaat, 9 April 2010

PRK HULU SELANGOR: PERANGAI BURUK PEMBANGKANG SUDAH KELIHATAN




Di DUN Batang Kali semua banner yang mempromosikan BN semuanya diturunkan, bendera2 di pejabat parti kompenan BN diarahkan oleh Majlis Daerah supaya diturunkan. Setakat ini bilik gerakan UMNO baru dalam peringkat pentadbiran dan belum beroperasi sepenuhnya. Itu pun nak dikacau.

Padahal promosi untuk Pakatan Rakyat dibiarkan. Bilik2 gerakan PR lebih hidup jika dibandingkan dengan komponen BN. Pengisian2 telah dilakukan oleh PR.

Sambil itu, arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri mengarah semua ahli Majlis dan Ketua Kampung ambilalih semua balai raya dan dewan orang ramai untuk diguna oleh PKR saja bagi PRK Hulu Selangor.

Ini baru kita nampak bagaimana kerajaan negeri mengguna kuasa untuk memenangi pilihanraya kecil ini.

Dikhabarkan Menteri Besar sudah memindahkan pejabat ke pejabat Daerah Hulu Selangor untuk memudahkan arahan2 spontan dikeluar dan dijalankan.

Ini menimbulkan persoalan bahawa pegawai SPR yang merupakan Pegawai Daerah kini berada satu pejabat dengan Menteri Besar. - THE UNSPINNERS

0 ulasan:

Catat Ulasan

PEMUDA TAMAN PERUDA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute