KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama)-- Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada Khamis menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beliau menarik diri daripada terus mendengar kes liwat melibatkan ketua pembangkang itu.
Hakim Mohamad Zabidin berkata beliau tidak nampak sebarang sebab kenapa beliau perlu menarik diri daripada mendengar kes itu.
"Saya tidak mahu lari daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya sebagai seorang hakim," katanya.
Mohamad Zabidin berkata untuk membolehkan beliau menarik diri, pihak pembelaan perlu menunjukkan bahawa hakim yang mendengar kes bertindak berat sebelah ataupun mungkin bertindak berat sebelah.
"Pemohon juga perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa hakim mungkin membuat keputusan bukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah tetapi berdasarkan perkara-perkara lain," katanya.
Rabu lepas, Anwar membuat permohonan agar Mohamad Zabidin menarik diri dengan alasan kononnya hakim itu berat sebelah.
Peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar, membuat permohonan itu setelah Mohamad Zabidin menolak permohonan pihak pembelaan berhubung dua artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.
Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. - BERNAMA
PEMUDATAMANPERUDA - Aduhai, kesian saudara anWAR...semua perancangan tak menjadi. Semalam, permohonan batalkan pertuduhan kes beliau gagal manakala hari ini pulak permohonan supaya hakim tarik diri jugak gagal. Ini semua petunjuk dari Allah S.W.T, Dia Maha Adil...mungkin ada hikmah dan petunjuknya di sini...perbicaraan saudara anWAR akan diteruskan, sama-sama kita tunggu dan lihat akan kebenarannya...banyak-banyak solat sunat taubat, berdoa kepada Allah supaya diampunkan dosa-dosa saudara...taubat nasuha bukan ' tau buat nah sua'...
BLOG KEGEMARAN
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MANA UCAPAN TAKZIAH DAP ?????? !!!!!9 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
Blog Archive
-
▼
2010
(31)
-
▼
Februari
(20)
- PEMUDA UMNO PULAU PINANG TOLAK PELAWAAN BERDEBAT
- PEMUDA PAKATAN PEMBANGKANG PELAWA PEMUDA UMNO DAN ...
- LIM KIT SIANG: MANGKUK TINGKAT ATAU MANGKUK JAMBAN?
- KALAKAU UNTOL: KAMU BOLEH BELAH...BUSUK HANCING
- KJ BUAT HAL LAGI...
- PERMOHONAN ANWAR UNTUK HAKIM TARIK DIRI DITOLAK
- TUDUHAN TERHADAP ANWAR BUKAN MENINDAS - MAHKAMAH R...
- USAHA LENYAPKAN PENGARUH MELAYU
- ADA 'FIRAUN KECIL' CUBA SINGKIR SAYA DARI PKR - ZU...
- ANWAR AKUI SALAH PILIH CALON
- ANGGOTA PARLIMEN BAYAN BARU UMUM KELUAR PARTI
- LAGI PENGHINAAN TERHADAP INSTITUSI RAJA DAN KEHAKI...
- PEMBANGKANG TIDAK PERLU LETAK SYARAT JIKA IKHLAS -...
- KARPAL SINGH DITEGUR GUNA PERKATAAN KASAR TERHADAP...
- PAKATAN PERAK MAHU KERAJAAN BN PENUHI TUNTUTAN MEREKA
- TUN MAHATHIR SENANG KEPIMPINAN NAJIB
- NIZAR MASIH SUKAR MENERIMA KENYATAAN
- MASALAH AIR DI KEDAH MERUNCING
- TAHNIAH, ZAMBRI SAH MB PERAK
- DAP PUNCA PAKATAN RAKYAT BERMASALAH - ZUL KULIM
-
▼
Februari
(20)
BOIKOT MALAYSIAKINI
ANTI ANWAR
KEMPEN 'TAK NAK'
PELINGKUP AGAMA DAN BANGSA
ONLINE
COUNTER
PROFIL PEMUDA TAMAN PERUDA
- PEMUDA TAMAN PERUDA
- Sungai Petani, Kedah, Malaysia
- Bangsa Rom pada masa dahulu sangat kuat berusaha dan rajin bekerja sehingga berjaya kepuncak ketinggian. Namun, setelah ditimpa penyakit lalai dan malas, peradaban yang ditegakkan oleh nenek moyang mereka runtuh sedikit demi sedikit. Ketika itu mereka menyangka berusaha dan bekerja itu bukan pekerjaan orang yang merdeka, tetapi pekerjaan budak-budak...Maka hancurlah Bangsa Rom...
0 ulasan:
Catat Ulasan